Sunday, November 17, 2013

Bezanya..

Bezanya antara

CINTA

SAYANG

SUKA

MINAT

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Mana satu yang anda lafazkan pada pasangan anda?
Tepuklah dada, tanyalah selera.


Sincerely,
Nani Mi-Cha

Saturday, November 9, 2013

Sepi

Langit mendung
Hati sepi
Rindu datang bertamu
Tetapi, adakah ada balasannya?
Tidak! Jawapannya tidak
Kerana?
Hehh! Kenapa tanya?
Kerana dirimu tidak pernah
menghargai seseorang yg tlah byk
Berkorban utk awak
Yg tlah byk menangis utk
Membuat awk senyum..
Sudahlah..pergilah awak
Biarkan saya mengubat luka saya
Luka yg xmungkin akan sembuh